Bonjour!
Kenangan Dulo-Dolu'
CRY BABY
KEBUSY-AN
CUTI~
STPM
Camping......Part 3 (Finale)
Camping......Part 2
Camping.....Part 1
Kem yuk
Selamat Hari Raya
ALIF♡♡♡
Twitter The Mastermind |
kerja kursus 🎍
Assalamualaikum... Hai Lately ni tengah busy siapkan kerja kursus untuk pbs STPM. Tension weyhhh. Dahla due date untuk sejarah da dekat. naik cuti ni kayy. naik cuti. maknanya lagi beberapa hari je lagi ni. hari ni da khamis. besok jumaat. AARRRGGGHHHH. ni nak siapkan menatang ni sume last minute je ha aku buat. amek gambar pun baru je semalam. ni kang nak temubual lagi. haha. memang last minute punya hasil jela. xtau la ape jadi ni kang. kepada adik-adik, jangan tiru perangai akak ni eh. nanti merana diri. hahahaha btw, nasib baiklah aku punya research ni aku buat pasal mak aku je. i mean, mak aku punya kedai jahit. sebabnya aku pilih tema sains dan teknologi. so, disebabkan mak aku ada kedai jahit sendiri, aku buat jela pasal teknologi yang ada untuk nak jahit-jahit baju semua tu. seriously masa tengah buat semua ni, rasa macam tengah dalam kelas menjahit tau. macam-macam jenis mesin jahit da ade kat kedai tu rupanya. aku ni je yang xreti nak amek tawu semua tu. sebab apa? sebab x minat.
aduk ni suka amek gambar yang menampakkan aku ni pendek. =..='
ade baiknya juga aku buat kajian pasal jahit-jahit ni. yela. at least aku tawu le jugak ape yang mak aku buat selama ni. haha. macam selama ni xtawu je. means, tawu dengan lebih mendalam la kannnn.
ayah pun sebelum ni ade jugak suruh aku belaja2 menjahit ni. lepastu start la die membebelnya cakap duit menjahit tu la yang guna untuk kau beli macam-macam. lepastu aku pun muhasabah lah diri sekejap, lepas tu. lupakannnn
yela. sebab duit jahit tu kan dapatnya bila-bila je. lain la kalau duit gaji biasa bulan-bulan tu. yang tu nak kene tunggu hujung bulan barulah boleh beli macam-macam.
haishhh. tapi masalahnya aku xminat. time aku buat research ni pun aku pikir halaaa. complicatednya.
lepastu bila ayah da bebel-bebel tu, aku pun berfikir la sejenak ape yang betulnya dia cakap tu. in case la kalau mak kang dah xde, sape la pulak yang nak uruskan, tengok-tengok kan kedai tu pulak kan. xkan la aduk. die laki. memang x la die nk belaja jahit-jahit ni sume. abang aku tu lagi la xberguna. yang dak wanie tu. haaaa. bagi budak kecik tu jela. hehe
benda ni sampai sekarang aku terpikir. nak blaja malas, xminat. biar jelaaa. nanty sampai seru tiba-tiba aku dah berminat ke kan. blaja jela. hm. ntah bila la kannnn.
tapiii. aku xdela sampai tahap xreti menjahit langsung. setakat jahit-jahit baju koyak, jahit nak kecikkan seluar tu reti la aku. guna mesin jahit tu pun aku reti. tibe part nak potong-potong kain ela tu, lepastu nak jadikan baju pulak. halamakk tuannn. seksa aku. dahla kena betul-betul teliti nak buat tu semua. kalau sampai kat tangan aku. memang kemsalam jela kau nak pakai baju lawa-lawa time raya nanty. xjadi hape da baju tu.
#ibukusyurgaku
muka nampak sangat berlakon tu. kekeke
kepada bakal suami saya, awak jela belaja menjahit tu. nanty saya bagi awak yang uruskan kedai tu. saya ni nak kene tunggu sampai seru dulu. kalau cepat, cepatla die. kalau lambat, lambat la die. hehe
korang doa-doa la aku tebukak hati nak menceburkan diri dalam bidang jahitan ni. mana la tawu nanti korang kawen aku boley sponsor baju yang limited edition punya. kan havoc nanti majlis kawen korang tu. nanty orang tanya sape designer? jawabla "azwa comel :p"
okla. btw, sapa-sapa yang nak tempah baju tu nanti oley la round-round kat pekan bemban tu cari bangunan bazar mara bemban yang ni
haaaaa. kedai mak aku yang tingkat atas tu, yang ada signboard warna biru tu kan. haaa. tu la. kelik saja gambar untuk tumbesaran. kalau xnampak lagi pergi amek microscope kat lab tu. sume bende kau boley nampak.
pergi la tempah. raya kan lagi berapa bulan je ni. kang nak dekat raya, tempahan da tutup. kalau nak murah, cakap je dekat mak aku tu "saya ni pembaca tegar blog azwa" ha nanty pandai le aku kenen mintak murah sikit. haha.
ok. doakan kerja last minute saya ni sempurna di mata cikgu tu. da penat-penat buat kk sejarah, kk p.a pulak yang terbengkalai. yang tu lagilah payah aku nak cari bahan die kang. satu hape nak buat pun aku xpaham. memang tinggi le markah pbs aku ni kang.
dengan itu, sekian sahaja cerita saya pada kali ini. terima kasih kerana sudi membaca. bye.
|