// Miss Mustache !

Bonjour!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
♡ TAEYANG .. ALIF .. TAEYANG .. ALIF .. TAEYANG ♡





Kenangan Dulo-Dolu'

KEBUSY-AN
CUTI~
STPM
Camping......Part 3 (Finale)
Camping......Part 2
Camping.....Part 1
Kem yuk
Selamat Hari Raya
ALIF♡♡♡
Happy Belated Birthday To Me :)

Twitter




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

CRY BABY


ASSALAMUALAIKUM

haritu result keluar.

aku macam biasa la bila tawu result nk keluar malam tu kemain lagi masing-masing menghiburkan hati. kekonon xnak pikir la pasal result tu.

yela. da usaha kan. terima jela apa yang dapat.

lepastu masing-masing macam debau je nak menunggu detik 10 pagi tu.

aku rase seumur hidup aku, aku xpena rase debau gile macam tu sebab nak amek result. biasa perasaan macam biasa-biasa je. hm. maybe aku berharap sangat dapat result yang baik.

tepat kol 10, diorang sume macam beria-ia nak check result masing-masing kat portal mpm. ade yg check pakai mesej, ade yang xnak check dulu. dan aku, aku prefer xnak check dulu. aku nak biar cikgu yang umumkan dulu or aku yang pegi check sendiri masa balik nanty.

dapat tawu result member2 semua macam okay. boley la. xdela teruk sangat. setakat 2.5 pointer ke atas tu ramai la jugak. yg bijak-bijak dapat la 3 pointer ke atas. eikin ye2 suruh aku check tapi aku xnak. haha. belau kan aku

lepastu cikgu wahida masuk. bawak kertas dengan senarai result kitorg. slip xkeluar lagi. hari jumaat ni baru keluar katanya. lepastu YOON dapat best student. TAHNIAH YOON :)

then aku pergi la check reult kat cikgu. katenye "Azwa ade fail satu ni, Sejarah"

haha. aku tengok. laaa. betul rupanya fail. memang la terkejut tapi xdela sampai tetibe nak menangis kan. aku kan kekonon hati kental.

dannn. bila semua budak kelas dapat tawu aku ade fail, semua macam terkejut. bukan nak cakap apa la tapi diorang expect aku lulus la at least sebab aku antara budak yang ditarget jugak la. maaf andai anda terasa saya sedikit riak.

dannnn. tetibe air mata meleleh. tanpa dapat ditahan lagi. bukan sebab terkejut tengok result tapi sebab aku rase macam aku da hancurkam harapan semua orang. dan ade orang cakap

"azwa! sepanjang 7 tahun aku kenal kau, ni first time aku nampak kau nangis. weyh!"


haha. see? betapa kentalnya hati aku sebelum ni sebab bebudak ni xpernah pun tengok aku nangis sebelum ni. except for geng2 aku sebelum ni la.

so korang sepatutnya bangga dapat tengok aku nangis. tahniah untuk anda semua. terutama yang baru kenal aku setahun lebih tu. tahniah! haha

xtau la tetibe kan. rase macam bodo pun ade. sebab xpena-pena nak nangis depan orang kan.

tapi serious la. bila semua orang bagi harapan kat kita lepastu xdapat ape yang diharapkan, memang perasaan tu teruk gila rasanya. bila dah hancurkan harapan semua orang.

lepastu eikin belanja makanan masa rehat.sweet kan die. 

baru emosi nak stabil sambil menikmati nasi goreng yang eikin beli tu tetibe cikgu sejarah aku masuk pulak. halaaa

berusaha ni nak tahan dari meleleh lagi. tetibe die datang peluk aku, habisla. pecah empangan air mata ku. dengan perasaan xpercayanya die pun bagi la nasihat kat aku.

"xpela azwa. xde rezeki. saya target awak dapat A. xpela. nanty repeat saya kompem result nanty terbaik. saya yakin"

amboiii. kemain yakin lagi. nampak x aku dah menghancurkan harapan die. tu belum parents aku lagi. btw, terima kasih la cikgu. insyallah result saya okay bila repeat nanty. cikgu doakan eh :)

aku ni kalau da nanges bukannya boley orang pujuk. lagi laju melelehnye. last2 xhabis pun nasi yang aku makan tu. tika je yang tolong menghabiskan. terima kasih :)

lepastu konon nak menenangkan diri lagi le. pergi le belek2 surat khabar. tetibe cikgu nizam pulak datang. halaaa. aku ingat nak buat bodo sekali die pulak tegur aku kat pintu tu. jumpe jela dak mok tu. sibuk je nak ganggu emosi aku.

lepas da nasihat ape ntah kat dak mok, pastu pandang aku pulak. "sabar eh azwa. jangan risau. saya tawu awak boleh"

okay. lagi start meleleh aku. aku dahle memang xboleh dengan die tu. dari form 2 die jadi warden aku, tu yang rase macam rapat je dengan die berbanding cikgu2 laki lain.

lepas je die dah blah air mata ni xley lagi nak berenti meleleh. kemain lagi la. habis tisu dak azmah aku kejekan. haha.

lepastu eikin dengan tika bagi surat. konon-konon nak tenangkan hati aku la tu. haha. kelakar pulak bile ingat balik. haha. terima kasih sahabat :*

lepas beberapa ketika barulah aku boleh bergelak-ketawa balik. tu pun macam xsehavoc biasa.

lepastu balik mata panas je. pedih lak tu. tension aku. menangis lama sangat. macam hapee je rase. orang xbiasa nangis macam tu le.

malam tu pulak dinie bagi kata-kata semangat. ayat nak power pulak tu. haaha. aku da cakap. kengkawan aku sume sweet2 gile :p



ntahla. maybe ni bukan rezeki untuk aku. sebab subjek lain sume okay. sejarah je kecundang.

maybe ni balasan atas dosa2 aku yang dulu ke.

maybe Allah nak bagi aku rase kecewanya dapat result yang memang xdijangka.

maybe Allah rindu aku.

maybe sebab aku dah jauh dari-Nya.

maybe Die nak suruh aku sedar bahawa manusia xselamanya berada di atas, kadang-kadang kite kena merasa pahitnya duduk di bawah.

maybe sebab aku terlalu yakin dengan diri sendiri sampai aku lupa yang macam-macam benda boley jadi :)

xpela. aku redha.

mungkin rezeki aku lain kali.

sekurang-kurangnya Allah da makbulkan separuh dari doa yang aku mohon hari-hari :)

mungkin ujian ni untuk bagi aku peluang supaya aku kena sedar yang aku ni xdela sehebat dan sepandai mana. aku kena belajar lebih lagi lepas ni.

pada kawan2, sahabat.

terima kasih ye masih sudi kawan dengan aku

terima kasih pada individu yang bagi nasihat sama ada secara lisan atau bertulis.

terima kasih.

okay. poyo pulak entry kali ni.

korang. doakan kejayaan aku lepas ni eh. insyallah lepas ni aku kene berusaha lagi.

sekian sahaja. babaiii.

*macam xbest kan ending aku. sebab dah ade beberapa gangguan tadi. hilang da segala idea ape bende nak tulis tadi. 

okay. bye

"The most valuable thing in life is friendship"
terima kasih sudi jadi kawan saya ! :)


Older Post | Newer Post