Bonjour!
Kenangan Dulo-Dolu'
LOSER
BIG BANG IS BACK !!!!!
kerja kursus
CRY BABY
KEBUSY-AN
CUTI~
STPM
Camping......Part 3 (Finale)
Camping......Part 2
Camping.....Part 1
Twitter The Mastermind |
ALEP COMEL 💖
Assalamualaikum.
Lagi nak final lagi rancak kau mengupdate blog eh azwa. Xguna betul.
Alaaa. lagipun xkan nak mengadap buku je 24 jam kan. kadang-kadang kite kene jugak mereleasekan stress dan otak kita dengan benda-benda yang kita suka dan kita enjoy nak buat. betul tak? *okay ni ayat alasan budak malas nak belajar. sila copy paste
btw, haritu alep comel bangattt. sebelum ni pun ada la jugak time2 die yang die bajet-bajet comel tapi kali ni memang betul-betul comel. haha. betul. tak tipu
tarikh 23 April 2015 memang insyAllah merupakan tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. you know what? ALEP PROPOSE ME!!! Omaigoddd.
okay tenang. sebenarnya ni propose biasa-biasa je. tak dela sampai bercandle light dinner dengan bunga ros dengan iringan muzik tangkap lentoknya semua takde. ni propose dalam talian je. atau bahasa mudahnya dalam telefon je. haha.
okay ceritanya macam ni. satu hari tu memang aku da fed up gila la kan nak tunggu die contact aku. sebab biasanya die akan contact aku 2 minggu sekali sebab die busy keje kan. pastu minggu tu aku tunggu la die kol aku ke ape. biasanya memang jumaat sabtu je. tapi minggu tu memang xde. kau paham je la kan ape rase bila macam diabaikan. aku bila macam tu pun aku rasa dah pasrah dah. memang aku rasa die memang da lupakan aku.
then masa 23 haribulan tu hari khamis kalau xsilap barulah die tetibe kol aku pagi2 buta dalam kol 2 lebih macam tu. aku happy la. sebab da lama tunggu kan. lepastu niat yang konon-konon nak mara die sebab abaikan aku tu terus hilang macam tu je. aku memang selalu macam tu tau. konon sebelum tu beria nak mara lepastu xjadi.
lepastu kitorang pun mesej-mesej la tetibe die cakap yang die nak lepaskan aku.
okay. korang boleh bayangkan tak macam mana rasa bila kita dah tunggu orang tu sikit punya lama lepastu tetibe die muncul dan cakap nak putus. okay tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. lepas tu aku diam la je la. die kol sume aku xangkat. sampai la die mesej mara-mara soh aku angkat jugak kol tu. aku pun angkat la dengan hati xrela.
then bila aku angkat, die pun suruh aku dengar satu lagu ni. lagu Kopratasa- Permata Untuk Isteri.
masa tu aku xtawu pun tajuk lagu tu. balik tu aku search barulah tawu tajuk lagunya. haha.
okay. aku pun dengar la. memang die suruh dengar je xcakap apa-apa. aku kan masa tu mood tengah xstabil. aku pun xdapat la nak tangkap betul-betul apa makna disebalik lagu tu. betul la alep kata aku ni slow. peliknya aku slow dengan die je. ntah apa hal ntah.
lepastu bila habis lagu die pun tanya "paham tak?"
okay. aku xtawu nak bagi respon ape. aku pun cakap jela paham. *sebenarnya tak. nampak tak keBLURan aku kat situ. haha.
lepastu die pun da start baran tu. die bagila aku dengar sekali lagi untuk memahamkan aku yang tengah blur ni. for the 2nd time tu aku rase da boleh tangkap la sikit. lepas tu die tanya lagi
"paham tak?"
aku diam
"eh paham tak ni? orang melamar die ni"
straight aku tergelak lepas je masa tu. dahla dalam dorm semua orang tengah tido. aku pulak tetibe gelak sensorang. haha. poyo la alep ni. macam tu pulak cara melamarnya. haha
lepastu die pulak baran sebab aku tak cakap apa-apa. sebenarnya bukan xnak cakap. lebih kepada malu je. haha.
seriously sapa yang tak suka kan. aku rasa masa tu aku la perempuan yang paling bahagia dalam dunia ni. yela. orang yang kita tunggu, orang yang paling kita sayang tetibe propose kita untuk jadikan kita ni sebahagian dari hidup dia. sapa yang xbahagia. even benda tu cakap dalam phone je pun dah boleh buat aku rasa bahagia gila. agaknya kalau face-to-face lagi terdiam terus aku. dah xboleh cakap apa-apa dah.
lepastu aku pun tanya la dia kenapa xnanyi sendiri and die pun cakap nanti la bila propose depan-depan nanti. okay poyo.
sebenarnya aku happy bila dia propose aku tu walaupun dalam phone semata. at least aku tawu yang dia betul-betul serious dengan relay kitorang ni. dia betul-betul serious nak jadikan aku ni bini dia. okay malu.
tapi memang la aku cakap aku terima tapi dalam masa yang sama aku pun takut jugak nak jadi bini orang ni tiba-tiba kan. alep cakap tunggu aku habis belajar. aku pun hujung tahun ni da habis dah aku belajar. xtawu la dak alep nak tunggu sampai aku habis degree pulak kan. tapi memang la xsalah kalau nak kawen tahun depan. tapi aku takut. nak jadi isteri orang. besar weh tanggungjawab tu. aku pun tak tawu la boleh buat ke tak. dahla bab memasak pun tengah xberapa nak terer lagi ni. kang kesian laki aku asyik makan luar je. haha.
eh btw. alep cakap mak die xkasi kitorang tunang. so nanty kengkawan kalau aku tetibe jemput korang datang kawen aku nanty jangan terkejut pulak ye. jangan nanti cakap aku masa tunang xjemput korang pulak. mak alpep nak kitorang kawen je terus. ala lagipun tunang tu bukannya wajib pun kan. kalau nikah terus lagi senang. dah sah da pun. haha. okay. da diam
last but not least, tolong doakan yang baik-baik untuk kiorang eh. aku sayang dia sangat-sangat. aku rasa die la lelaki yang paling baik yang aku kenal. aku harap pilihan aku ni tepat. so. korang doakan la yang terbaik untuk kitorang eh. terima kasihhh. babai
p/s: boleh buat novel la kan cerita kitorang ni. hahahaha 😍
|