Bonjour!
Kenangan Dulo-Dolu'
SPM Result
Juwairiah
Driving License : Part 2
Driving License : Part 1
2014
Rinduuuuuuu.. :*
memorable night ^,^
yespyem gap
Kem Kecemerlangan Siri 2 - Team A
Cik Tikus
Twitter The Mastermind |
Driving License : Final Part
sebenarnye sangat malas nak menaip ni. Maklumlah. busy sentiasa. Tapi curi2 masa jugak ni sebab nak habiskan cerita ni. Menyampah lah pulak bila buat cerita separuh jalan je kan. kalau nak buat tu biar la sampai habis. Ye tak. hehe Akhirnyaaa penantian yang lama berakhir juga... I've got my driving license... Tapi kene tampal sticker P la kat kete kan. haha. time test jpj tu memang sakt hati la kan. 1st test dua2 xlepas. macam babun sangat. yg time kat litar tu xlepas kat bukit. kalau dah xlepas kat bukit memang yang parking, 3 penjuru tu sume xboleh buat la kan. sia2 kay rase. ntah macam mana boleh xboleh buat pulak kan. biase boleh je. xde masalah. time pratest pun okay sangat2. time jpj la macam iyal. maybe sebab gabra kot. or maybe sebab tak biasa ngan kete tu. yela. biasa kan pakai kete cik bahran tersayang.. hehe pastu time kat jalan raya pulak aku dapat jalan b. seriously. ramai cakap aku untung dapat jalan b sebab jalan b senang. tapi masalahye pulak aku xpernah pun lalu jalan b. pernah kot. sekali. tu pun masa first2 belajar. sekali je weyh ! mane le aku ingat. biasa bawak jalan a je. sebab cik bahran pun cakap biasa org test kat jalan a sebab jalan a ni mencabar sikit. sekali dapat jalan b. lepas je org jpj tu bagi arahan soh lalu jalan b aku dengan selambanye cakap
"jalan b saya xingat la"
dan org jpj tu pun dengan selambanya jawab
"kalau xingat macam mana nak amek test"
dushh ! padan muke kene setepek. so aku pun dengan redhanya beranikan la diri bawak je ikut suka ati aku. dalam pale otak ni puas nak mengingatkan jalan b. last2 xsampai separuh perjalanan pun aku dah fail. haha. sebabb. aku bawak laju dekat susur nak keluar tu. kuang2. tu la. xfokus mase memandu. tu la balasannye. pastu die soh berenti tepi. tukar pemandu. dengan muka yg tebal tu balik balik kat ssdc tu. segan weyh. org yg menunggu semua dah boleh agak aku fail sebab pemandu dah bertukar. haha.
tu cite mase 1st test. mase 2nd test lain pulak citenye.
balik dari 1st test tu memang kene bebel la kan. tu perkara wajibunn. haha. then minggu depannye pulak pegi la balik untuk 2nd test. time tu sumpah aku sensorang. means xde kengkawan la nak lepak2 borak2 masa tu. awkward gila weyh. 2nd test on the road aku lulus. dapat jalan a. bersyukur gila kay. org jpj nye pun baik hati. kompiden gila aku bawak. tiada cacat celanya. cewahhh. menipu sangat tu. haha
yang malangnye fail lagi dekat bukit. okay. kereta tu yang salah. majoriti yang naik kereta tu semua failann. bagi kereta tak berkualiti. ape pun tak boleh la.. membazir lagi duit aku. ni semua si ed la punya pasal. kemain mendoakan kan aku xlulus supaya aku boleh teman die test minggu depan. si ed ni lambat sikit. so minggu depannye baru die test jpj. so sebabkan aku dah fail kat bukit tu kan. terpaksa lahh aku menebalkan diri amek test lagi sekali. bebelan di rumah jangan dicakap la. mak tuu. hahahahahahaha
minggu ke 3 test. aku just kene repeat kat litar jela. time 3rd test ni ade la jugak member. si ed ade. pastu ade la budak kesang ni 2 org. pastu ade budak kelas aku sorg. siapa? tetttt. rahsiaa. haha. pastu ade lagi sorg budak kelas aku tapi aku xgeng ngan die pun. die geng ngan makcik2 mane ntah yang same kepoh ngan die jugak. haha. jahat akuu.
3rd test menunggu kemain lame kay. biasa la budak repeat. diorg mesti la nak selesaikan budak2 yang baru test tu dulu.time menunggu tu memang keseorangan la kan sebab member2 aku yang lain tu sume first timer. akhirnya diorg dah selesai aku pun pergi la naik kat litar tu. bersama-sama mereka2 yang kene repeat jugak.
mule2 bukit. alhamdulillah. 1st try. lepas. then pergi parking pulak. parking ni memang aku power la jugak. senang je. haha. lepas. then pergi 3 penjuru. yg ni aku lemah sikit aku rasa. nasib baik.. lepas. haha. then dah lepas tu turunlah balik hantar borang tu then amek borang buat lesen. okay. bahagia kay dah lepas. selepas berpenat lelah.. akhirnyaa. dalam hati cakap balik ni memang xde la bebelan lagi. haha. time aku cakap aku lulus kat cik bahran die kemain alhamdulillah lagi. haha. siot betul. si ed pun lepas dua2 kay. untungla org power kan. hehe.
and lastly. this is my license :)
muke matang sikit kan dari lesen L aku. haha :p
so. last. terima kasih kepada mereka2 semua yang telah mendoakan saya berjaya. terima kasih kepada parents yang masih sudi memberikan wang walaupun banyak sangat yang kene keluar. terima kasih kepada cik bahran tersayang yang banyak bersabar masa mengajar aku. dan trima kasih kepada pegawai2 jpj yang dah bagi saya lulus. yang xbagi saya lulus tu pun terima kasih jugak :p
sekian. tamat sudah kisah saya disini. terima kasih kerana sudi membaca ^^v |